Welcome To Forum #Pahang

webmaster.webchat.org
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in

Share | 
 

 loghat sabah :D

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Siska



Number of posts : 56
Age : 33
Localisation : kuala lumpur
Registration date : 2007-04-01

PostSubject: loghat sabah :D   Sun Apr 01, 2007 3:25 pm

NOTA: Bahasa yang akan anda baca dikategorikan sebagai “bahasa pasar” dan penggunaannya pada komunikasi rasmi adalah tidak digalakkan.

BM Sabah : Bah!, abislah kalau diurang begitu...

BM Semenanjung : Alamak!, Habislah kalau mereka buat begitu...

PENJELASAN: Jika anda mengalami keadaan terkejut atau satu peristiwa berkenaan dengan sesuatu yang anda dengar atau nampak, anda akan menggunakan perkataan, “Bah!”. Perkataan “bah” dalam ayat di atas adalah sama erti dengan perkataan “Alamak!”.

BM Sabah : Siapa bah yang kau cakap ini?

BM Semenanjung : Siapa (sebenarnya) yang awak cakap ni?

PENJELASAN: “Siapa yang kau cakap ini (Sabah)” sama dengan “Siapa yang awak cakapkan ni (Semenanjung)”, tetapi jika anda menggunakan perkataan “Bah” di Sabah, perkataan itu menunjukkan anda “BERSUNGGUH-SUNGGUH” ingin tahu siapa sebenarnya orang yang dimaksudkan itu.

BM Sabah : Saya baitu....

BM Semenanjung : Sayalah itu....

PENJELASAN: Perkataan “bah” disatukan dengan perkataan “itu” menjadi “baitu” (tanpa huruf ‘h’). perkataan “ba” (tanpa huruf ‘h’) itu sama erti dengan perkataan “lah”. Bunyi sebutan “baitu” lebih digemari kerana sebutan untuk “Bahitu...” atau “Bah itu...” lebih susah disebut berbanding dengan sebutan “baitu”.

BM Sabah : Ya bah kan...

BM Semenanjung : Oh..., begitu....

Apabila mendengar satu penjelasan cerita daripada seseorang, yang pada mulanya anda tidak tahu (apakah punca yang sebenarnya terjadi..), anda akan mengatakan “ya bah kan...”, sebagai tanda anda “SETUJU” dan “BARU FAHAM” sebab atau punca kenapa sesuatu hal itu terjadi/berlaku.

BM Sabah : Bah..bah..bah...

BM Semenanjung : Ya.. ya.. ya...

PENJELASAN: (A) Jika anda diberitahu/dipesan oleh sesorang untuk berbuat sesuatu tentang satu perkara yang anda memang sudah tahu atau telah rancang terlebih dahulu, anda akan menjawabnya “bah.. bah.. bah...” lebih tepat bunyi sebutan ialah ‘babababah...’ (kerana ianya dibunyikan dengan sebutan yang agak cepat sehingga anda mungkin tidak dapat mengesan selang diantara perkataan “bah” yang pertama dan “bah” yang kedua dan seterusnya). (B) Perkataan ini juga anda akan katakan apabila anda ingin menamatkan segera perbualan contohnya, perbualan telefon. Ianya sama dengan perkataan “ya” dalam B. Melayu Semenanjung dan sama dengan perkataan english, “OK”.

BM Sabah : ... Oh... Begitu.... Bah! mana si Felix?

BM Semenanjung : ... Oh... Begitu.... Oh ya! mana Felix?

PENJELASAN: “Bah!” sama erti dengan “Oh ya!”. Anda menggunakan perkataan ini selepas anda siap mendengar penjelasan daripada seseorang tentang sesuatu perkara dan anda cuba beralih ke satu topik perbualan/pertanyaan yang baru.

BM Sabah : Sayalah baitu (yang sebenarnya/betul dan tidak diragui lagi)...

BM Semenanjung : Sayalah itu...

PENJELASAN: Anda telah mempelajari, “saya baitu = sayalah itu” diatas. Sekarang anda akan mempelajari gabungan perkataan “lah + bah” salah satu kebiasaan perkataan yang selalu diucapkan di Sabah. Gabungan perkataan ini digunakan untuk menerangkan/membuktikan apa yang anda sedang cakap/fikir atau apa yang orang perhati dan mungkin persoalkan tentang anda adalah betul ataupun salah (bergantung pada situasi anda berada).

Satu contoh dalam format yang berbeza sedikit:

Bahasa Inggeris Person 1: What do you think about the goverment plans? Person 2: Well, That was a good idea...

Bahasa Indonesia Orang 1: Apa yang anda pikir tentang rancangan kerajaan? Orang 2: Nah, Itu kan rancangan yang bagus...

Bahasa Melayu dialek Sabah Orang 1: Apa yang kau pikir itu karajaan punya rancangan? Orang 2: Bah, bagus baitu rancangan karajaan...

Tambahan contoh (perlu fine tune):

i) baaaah..!! momoook ii) baa ba ba bah...!! kaaana marah.... iii) ba ba bah.....!! pigi mana la dia tu.... iv) bah..! kau juga yang mau kan..!

Tambahan penerangan (perlu fine tune, mungkin ada overlap dgn penerangan sebelumnya di atas):

Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata Contoh ayat: Iya bah. - Iyalah.

Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Selalunya digunakan pada permulaan kata.

Contoh ayat: Bah, kamu pigi lah dulu - (Saya menjawab -Kamu pergilah dulu).

Memberi maksud sudah, atau penghabis kata.

Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".

Contoh ayat: BM Sabah: "Boy, nanti ko pigi beli beras di kadai sana." Boy menjawab, "Bah." BM piawai: "Boy, nanti pergi beli beras di kedai." Boy menjawab, "Baiklah"

Untuk menegur atau menyapa orang. Lazimnya org sabah akan menyebut "Bah" bila berselisih dengan orang yang dikenali untuk tujuan menyapa orang tersebut.

Contoh-contoh ayat: 1."ko orang KL bah kan?" 2."sejuk bah ni air" 3."awal lagi bah ni"

CONTOH SITUASI: Seorang kawan anda yang tidak percaya gambar muka seseorang yang sedang dia lihat dalam akhbar adalah anda. Anda boleh mengatakan “sayalah itu” atau “saya baitu”, untuk memberitahu bahawa memang betul apa yang dia lihat adalah anda. Tetapi jika kawan anda masih tidak percaya, anda akan mengatakan “sayalah baitu...” untuk menunjukkan apa yang anda cakap adalah “betul-betul” boleh dipercayai (tidak tipu)/tidak perlu diragukan.

Mari kita menghayati dan renungi penyalahgunaan "BAH" dalam ayat-ayat ini:

1. "apa kabar bah?" -kononnya mau bertanyakan khabar. (Ini salah) 2. "suda makan ka bah?" (Aneh….) 3. "bila balik bah?" (Tak Betul Gak) 4. "mari pergi bah..." (don’t simply put bah at the end of any sentence! it sounds very fake)
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/nyun
Mugen



Number of posts : 254
Age : 25
Localisation : Temerloh
Registration date : 2007-03-31

PostSubject: Re: loghat sabah :D   Sun Apr 01, 2007 6:06 pm

uik .
engak paham saya deh .
Smile .
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/muzakir
Siska



Number of posts : 56
Age : 33
Localisation : kuala lumpur
Registration date : 2007-04-01

PostSubject: Re: loghat sabah :D   Mon Apr 02, 2007 4:16 am

hahahaha...
tak paham? sila tanya aku..
hehe
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/nyun
Mugen



Number of posts : 254
Age : 25
Localisation : Temerloh
Registration date : 2007-03-31

PostSubject: Re: loghat sabah :D   Tue Apr 03, 2007 5:47 am

owh .
Very Happy .

jauh xbeza ngn bahasa semenanjung ?
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/muzakir
shell



Number of posts : 31
Registration date : 2007-04-01

PostSubject: Re: loghat sabah :D   Tue Apr 03, 2007 11:52 am

mulauuuuuuuuuuuuu .
Back to top Go down
View user profile
Mugen



Number of posts : 254
Age : 25
Localisation : Temerloh
Registration date : 2007-03-31

PostSubject: Re: loghat sabah :D   Wed Apr 04, 2007 12:56 am

huhu .
mulau mulau .
Smile .
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/muzakir
Siska



Number of posts : 56
Age : 33
Localisation : kuala lumpur
Registration date : 2007-04-01

PostSubject: Re: loghat sabah :D   Fri Apr 06, 2007 9:21 am

jauh giler beb.. aku dok sabah 12 tahun pon tak pass lg.. haha
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/nyun
Founder
Admin


Number of posts : 149
Localisation : Pahang Darul Makmur
Registration date : 2007-03-29

PostSubject: Re: loghat sabah :D   Fri Apr 06, 2007 1:05 pm

kiayam = puki ayam
nampak = tgk
diam juak sana = diam plak dia
ndak mau la kesana = tak mahu la ke sana
Back to top Go down
View user profile http://pahang.top-forum.net
Mugen



Number of posts : 254
Age : 25
Localisation : Temerloh
Registration date : 2007-03-31

PostSubject: Re: loghat sabah :D   Fri Apr 06, 2007 8:28 pm

lagi ?
huhuhu .
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/muzakir
Sponsored content




PostSubject: Re: loghat sabah :D   Today at 12:14 pm

Back to top Go down
 
loghat sabah :D
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Sabah RC crawling competition

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Welcome To Forum #Pahang :: Umum :: Kelas Bahasa-
Jump to: