Welcome To Forum #Pahang

webmaster.webchat.org
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in

Share | 
 

 Teladan Pilihan : Bejala

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
k



Number of posts : 22
Age : 31
Localisation : Temerloh Pahang Darul Makmur
Registration date : 2007-03-29

PostSubject: Teladan Pilihan : Bejala   Sat Apr 07, 2007 5:29 am

Wanita paling pendek di Thailand

--------------------------------------------------------------------------------

Seorang gadis yang berusia 26 tahun dan berasal dari Thailand menggemparkan Singapura baru-baru ini. Gadis itu tidak lain tidak bukan adalah gadis yang dilaporkan paling pendek di Thailand. Tingginya 0.9 meter ( 2 kaki 9 inci ) dan berat badannya hanya 10 kilogram.

Kerjanya di satu kumpulan sarkas di negaranya, tetapi bukan sebagai pelawak yang menggelikan hati para penonton. Gadis itu penyanyi yang menghiburkan peminat-peminatnya dengan suara yang merdu dan profesional.

Nama gadis comel itu ialah Bejala. Dia bukan orang kerdil, kerana tubuh badan adalah seimbang dan daya mentalnya seperti dewasa biasa. Yang malangnya cumanya dia tidak tinggi.

Sekali imbas dia kelihatan seperti seorang kanak-kanak berusia 3 tahun. Sebab itu semua pakaian dan kasutnya perlu ditempah khas.

Bejala menjadi tumpuan ramai semasa bersiar-siar di bandaraya Singapura bersama dua orang kakaknya. Setelah ditemuramah, orang ramai baharu mendapat tahu yang dia mempunyai latarbelakang yang cukup menarik perhatian.

Semasa dia dilahirkan, saiznya hanyalah sebesar tapak tangan ibunya dan beratnya 300 gram. Dia boleh dibawa ke sana ke sini oleh ibunya dengan menyimpanya di dalam kocek seluar panjang. Jika ibunya bercucuk tanam, dia boleh berehat dan tidur di dalam kocek seluar ibunya.

Ketika mencapai usia 7 tahun, saiznya tidak lebih daripada botol Coca-cola, kata kakaknya.

Ramai jirannya menyuruh ibu Bejala membuang anak ganjil itu, tetapi ibunya sangat sayang akan anak itu. Ini berkaitan dengan pengalaman ibunya dua hari sebelum menjadi hamil.

Ibunya dalam tidurnya termimpi angin kencang telah meruntuhkan rumahnya dan dia mahu melarikan diri. Tetapi dalam proses itu dia tiba-tiba ternampak Buddha muncul di depan matanya. Buddha menasihatkan dia supaya jangan takut dan kemudian menghukurkan seutas azimat yang dibungkus dengan daun pisang. Ibunya terjaga.

Dua hari kemudian, ibunya mendapati dirinya sudah hamil dan bayi yang dilahirkan itu ialah Bejala.

Semasa menjadi bayi, Bejala hanya minum air. Air itu dicelup dalam kapas dan dia akan menghisap air dari kapas itu. Dia tidak suka minum susu. Dari usia 3 tahun Bejala mula makan bubur sampailah sekarang.

Dia hanya makan satu kali dalam sehari. Makanannya ialah sedikit nasih dan biasanya buah petik dengan salad.

Walaupun dia hanya setinggi 2 kaki 9 inci, namun dalam bas awam Bejala kena juga membayar tambang orang dewasa.

Basketball
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/bussinc
Mugen



Number of posts : 254
Age : 25
Localisation : Temerloh
Registration date : 2007-03-31

PostSubject: Re: Teladan Pilihan : Bejala   Sat Apr 07, 2007 5:34 am

hehehe .
sokong2 .
Very Happy .

huhu .
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/muzakir
k



Number of posts : 22
Age : 31
Localisation : Temerloh Pahang Darul Makmur
Registration date : 2007-03-29

PostSubject: Re: Teladan Pilihan : Bejala   Sat Apr 07, 2007 5:36 am

hahahaha..tau x ope...miahahaha
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/bussinc
Mugen



Number of posts : 254
Age : 25
Localisation : Temerloh
Registration date : 2007-03-31

PostSubject: Re: Teladan Pilihan : Bejala   Sat Apr 07, 2007 5:44 am

aok saport la dye .
Very Happy .
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/muzakir
Sponsored content




PostSubject: Re: Teladan Pilihan : Bejala   Today at 11:02 pm

Back to top Go down
 
Teladan Pilihan : Bejala
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Welcome To Forum #Pahang :: Umum :: Nenek Kebayang!!-
Jump to: